Mari mengenali UiTM Jengka

Assalamualaikum kepada semua pembaca,
Hari ini saya ingin menyambung menulis blog saya untuk menceritakan serba sedikit aktiviti yang dijalankan semasa slot UED 102 pada tarikh 1 Ogos 2018 dijalankan. Slot tersebut dimulakan dengan topik 'mengenali UiTM'. Terdapat 3 sumber utama yang telah diperkenalkan iaitu sumber akademik, sumber tempat tinggal,tempat makan, pengangkutan dan sumber organisasi pelajar. Terdapat juga beberapa unit yang kita boleh kenali di UiTM Jengka. Antaranya ialah HEA, HEP, Bendahari, Perpustakaan, Unit Ehwal Islam, Unit ladang dan Pentadbiran. Setiap unit berikut memainkan peranan yang penting kepada pelajar dan staf-staf di UiTM Jengka. Bagi saya, sebagai seorang pelajar diploma pengurusan ladang, saya perlu mengenali unit penting iaitu Unit ladang. Unit ladang ini merupakan unit yang akan menyediakan tempat untuk menjalankan praktikal bagi pelajar-pelajar DPIM untuk peningkatan ilmu dan pengalaman. Selain itu, unit ini juga menjadi pusat rujukan dan penyelidikan pertanian.Terlalu banyak peranan unit ladang ini kalau mahu diceritakan.
Setelah itu, kami ditayangkan beberapa buah video yang telah disiapkan oleh senior mengenai tugasan yang bakal kami terima. Kami diberi tugasan untuk menyiapkan sebuah video tentang mengenali UiTM Jengka. Kami perlu mengambil video di beberapa buah unit yang berlainan di sekitar UiTM Jengka. Tugasan ini perlu dilakukan di dalam kumpulan 🙂


Kumpulan saya :)

Comments

Popular posts from this blog

Roket Kertas, Kenalan Baru 😊

Sesi 'ice-breaking'