Roket Kertas, Kenalan Baru 😊

Setelah berakhirnya sesi 'ice-breaking', kami diminta untuk mencari kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya merupakan ahli kumpulan 9 yang majoritinya adalah lelaki. Hanya dua orang perempuan sahaja termasuk saya. Malu tu tak payah cerita lah memang malu pun 😅. Setelah berkumpul dalam kumpulan kami diminta untuk menanda kehadiran kami pada senarai nama yang diberikan. Setelah itu, kami diberi seorang sehelai kertas kosong dan diminta untuk menulis nama dan dua identiti yang ada pada diri supaya orang lain boleh kenal. Seterusnya, kami perlu melipat kertas tersebut menjadi roket kertas dan diterbangkan sejauh yang mungkin ke arah kumpulan lain. Kami juga perlu mengutip seorang satu roket kertas dan mencari pemilik roket tersebut serta bergambar bersamanya.
Roket ini merupakan roket yang mendarat berdekatan dengan saya 😊 Saya sangat berharap bahawa pemilik roket ni adalah perempuan sebab senang nak cari.. Kalau lelaki malu sikit 😅



Sambil baca bismillah saya pun buka la roket tu.. Alhamdulillah dapat perempuan punya..pemilik roket tu pun tak jauh senang je nak cari 😂


Well, this is the owner of that rocket paper.. she's cute right? Haha i know..Thanks god because it's was a girl 😂


Yang ni pula orang yang dapat roket saya.. Entah macam mana boleh terbang jauh ke sana. Malu laa.. lagipun roket tu budak lelaki dari group saya yang tolong buatkan. No wonder la terbang jauh 😂




Comments

Popular posts from this blog

Mari mengenali UiTM Jengka

Sesi 'ice-breaking'