Semasa sesi taklimat berjalan, kami diminta untuk berkumpul mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Antaranya ialah berkumpul dalam kelompok lelaki dan perempuan secara berasingan. Selain itu, berkumpul mengikut negeri. Seterusnya, berkumpul mengikut kategori buah buahan. Di samping itu, kami juga diminta untuk berkumpul mengikut warna. Akhir sekali kami berkumpul mengikut bilangan adik beradik. For each category,we need to take their names,the colour of their clothes,their state,their favourite drinks,their number of siblings and their numbers 😊 Sebenarnya, pensyarah meminta supaya dapatkan sekali nama pelajar lelaki dan no. telefon mereka tapi lihatlah berapa je nama lelaki yang saya dapatkan..Saya ni dah la malu 😅
Setelah berakhirnya sesi 'ice-breaking', kami diminta untuk mencari kumpulan masing-masing yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Saya merupakan ahli kumpulan 9 yang majoritinya adalah lelaki. Hanya dua orang perempuan sahaja termasuk saya. Malu tu tak payah cerita lah memang malu pun 😅. Setelah berkumpul dalam kumpulan kami diminta untuk menanda kehadiran kami pada senarai nama yang diberikan. Setelah itu, kami diberi seorang sehelai kertas kosong dan diminta untuk menulis nama dan dua identiti yang ada pada diri supaya orang lain boleh kenal. Seterusnya, kami perlu melipat kertas tersebut menjadi roket kertas dan diterbangkan sejauh yang mungkin ke arah kumpulan lain. Kami juga perlu mengutip seorang satu roket kertas dan mencari pemilik roket tersebut serta bergambar bersamanya. Roket ini merupakan roket yang mendarat berdekatan dengan saya 😊 Saya sangat berharap bahawa pemilik roket ni adalah perempuan sebab senang nak cari.. Kalau lelaki malu sikit 😅 Sambil baca ...
Assalamualaikum kepada semua pembaca, Hari ini saya ingin menyambung menulis blog saya untuk menceritakan serba sedikit aktiviti yang dijalankan semasa slot UED 102 pada tarikh 1 Ogos 2018 dijalankan. Slot tersebut dimulakan dengan topik 'mengenali UiTM'. Terdapat 3 sumber utama yang telah diperkenalkan iaitu sumber akademik, sumber tempat tinggal,tempat makan, pengangkutan dan sumber organisasi pelajar. Terdapat juga beberapa unit yang kita boleh kenali di UiTM Jengka. Antaranya ialah HEA, HEP, Bendahari, Perpustakaan, Unit Ehwal Islam, Unit ladang dan Pentadbiran. Setiap unit berikut memainkan peranan yang penting kepada pelajar dan staf-staf di UiTM Jengka. Bagi saya, sebagai seorang pelajar diploma pengurusan ladang, saya perlu mengenali unit penting iaitu Unit ladang. Unit ladang ini merupakan unit yang akan menyediakan tempat untuk menjalankan praktikal bagi pelajar-pelajar DPIM untuk peningkatan ilmu dan pengalaman. Selain itu, unit ini juga menjadi pusat rujukan dan pe...
Comments
Post a Comment